Inilah kampung kelahiranku anak kepada seorang nelayan sisiran pantai yg penuh berpengalaman terutamanya memancing. Permatang Damar Laut ialah kampung yg terletak di selatan sisiran pantai Pulau Pinang bergeografi koordinat 5° 17' 0" North, 100° 17' 0" East.Ianya sebaris dengan Batu Maung dan Teluk Tempoyak, Permatang Damar Laut juga dikelilingi oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Di persisiran pantai dapat dilihat 2 pulau iaitu Pulau Rimau dan Pulau Kendi. Pulau Rimau, pulau kecil yang dapat dilihat di sebelah kiri pantai Permatang Damar Laut. Terdapat menara api yang membantu kapal-kapal mengemudi masuk laluan Selatan Pulau Pinang. Ia dibina oleh British setinggi 17meter dari paras 39 meter aras bukit. Banyak tempat-tempat menarik untuk kaki-kaki pancing di sekeliling pulau ini.
Link Pulau Rimau :-
http://www.youtube.com/watch?v=izN0usda_j4&feature=related
Link Pulau Rimau :-
http://www.youtube.com/watch?v=izN0usda_j4&feature=related
Pulau Rimau
Terdapat juga 3 kubu pertahanan Perang Dunia ke-2 di mana 2 masih kelihatan tetapi 1 telah musnah akibat hakisan ombak berhampiran Kg permatang lama.
Kubu 1
Kubu 2
Kubu 3 yang telah hilang dari pandangan
Pemandangan sisiran pantai Permatang Damar Laut.
Pemandangan di pantai Asen
Perahu nelayan
Kepulangan nelayan
Suatu ketika dahulu...
Gambar-gambar lama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Permatang Damar Laut Sunset
Masjid Al-Qahhar asalnya terletak dalam kawasan Lapanagan terbang Antarabangsa Pulau Pinang bersebelahan kubur yang sedia ada sekarang. Link ini sedikit sebanyak mengenainya : -
Masjid-Al-Qahhar
Sekolah rendahku..
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut didirikan pada tahun 1864 oleh Kerajaan British. Ia merupakan sekolah Melayu ketiga di Pulau Pinang yang didirikan sebagai satu pengisian penting dalam pendidikan.
Bangunan asal SKPDL telah didirikan berhampiran Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang. Sebelum dirobohkan pada tahun 1979 untuk pembesaran lapangan terbang.
Sekolah yang dirobohkan itu telah digantikan dengan bangunan yang ada sekarang pada 19 Mac 1979 dengan bangunan 3 tingkat. Kini ia telah ditambah kepada 2 tingkat lagi bagi menampung pertambahan pelajar.
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut pernah meraih anugerah Sekolah Harapan Negara (kategori Luar Bandar) pada tahun 1994.
http://www.maplandia.com/malaysia/pulau-pinang/kampong-permatang-damar-laut/